Friday, January 31, 2014

Berikut adalah kronologi pemprosesan pembinaan sekolah baru SJKT Seaport, Kampung Lindungan, Petaling Jaya

Sejarah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seaport

Ladang Seaport merupakan sebuah ladang yang besar merangkumi kawasan dari Kelana Jaya hingga Damasara. Ianya mempunyai 2 division (bahagian ) iaitu A and B dengan pekerja estet lebih dari 300  keluarga di  hujung tahun 1880an.
Terdapat juga 3 buah estet ladang getah  ( Ladang Subang, Glenmarie dan Bilmoore) yang merangkumi  Kelana Jaya, Subang, Damansara, sebahagian Shah Alam dan Petaling Jaya. Setiap estet ini mempunyai sekolah Tamil tersendiri untuk menampung keperluan pedidikan anak-anak pekerja estet. Kini hanya tinggal SJKT Seaport dan SJKT Glenmarie

Awal 1920an   Pihak pengurusan Ladang Seaport bercadang menubuhkan sebuah Sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja ladang.

1925                Pengurus Ladang En.Enrus menubuhkan sebuah sekolah yang merangkumi 3 bilik darjah berhampiran dengan tapak sekolah kini di SS7.  Guru besar yang pertama ialah En.Ester Raj. Beliau mengambil berat tentang pembelajaran anak murid sekolah ini. Pada masa itu, Malaya terletak dibawah kuasa Inggeris. Oleh itu, sekolah ini beroperasi atas pemerhatian orang Inggeris.
Awal 1940an   En.Rajan menjadi penyelia sekolah yang pertama.
1940-1970n     Banyak pembaharuan telah dilakukan oleh En. Rajan. Diikuti oleh  En.Arunasalam, En.C.S.Moorthy yang telah menjadi Penyelia Sekolah. Pada masa itu, banyak pembaharuan and peningkatan pendidikan dilakukan oleh penyelia sekolah.
Awal 1960an   Perlombongan yang berpesat dari kawasan kini Puchong menular ke kawasan estet. Ladang getah diambil oleh kerajaan negeri dan syarikat perlombongan manakala penduduk-estet dijadikan sebagai setinggan apabila mereka diberhentikan tanpa sebarang pampasan asal dan hak mereka dianiayai.
1967                Penduduk Ladang Seaport A dipaksa pindah dan ditempatkan di rumah panjang setinggan di SS4 (kini). Manakala penduduk Ladang Seaport B menjadi setinggan di estet sendiri apabila pengurus estet menjual estet kepada kerajaan negeri. Mereka masih menduduki rumah-rumah estet lama kerana tiada tempat untuk tinggal. Walau bagaimanapun sekolah dan rumah berhala masih beroperasi dan digunakan oleh penduduk estet.

1970an            Industri perlombongan pudar dan PKNS menjadikan kawasan bekas lombong di kawasan estet sebagai kawasan perindustrian (PKFZ Sg Way) dan  banyak projek pembangunan perumahan telah dilakukan sekitar Kelana Jaya malangnya bekas penduduk estet masih hidup sebagai setinggan berhampiran estet dan mula menjadi pekerja di kilang-kilang baru di Sungai Way dan Jalan Klang Lama.  PKNS di bawah kerajaan Selangor yang hanya ditubuhkan pada 1964 tetapi menjadi tuanpunya kesemua estet dan kawasan perlombongan di Kelana Jaya.


Dis 1983          Bangunan sekolah yang beroperasi sejak 1920an kini diancam dengan istilah pembangunan. PKNS mengorek sebuah parit besar sebesar 12 kaki dalam dan 12 kaki lebar yang memisahkan 2 blok sekolah. Pelajar diancam risiko keselamatan di mana  papan dijadikan jambatan mengharungi antara blok sekolah. Bantahan pihak sekolah dan ibubapa TIDAK DIENDAH oleh PKNS ketika itu dan gagal memberi laluan atau tapak alternatif.

9 Mei 1985      Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKT Ladang Seaport mengemukakan satu surat berkaitan tapak baru serta bangunan baru sekolah kepada YB Datuk M.Mahalingam.  Antara kandungan suratnya adalah seperti berikut; Sekolah ini berusia lebih 30 tahun dan ditempatkan di Ladang Seaport, Kampung Tengku, Sungai Way, Selangor . Pada tahun 1983, bulan Disember diberitahu bahawa pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengambil alih kawasan tanah  ini untuk menggorekkan beberapa parit besar di sekitar kawasan ini bagi Rancangan Perumahan perbadanan itu. Dengan satu parit besar di antara dua buah bangunan sekolah ini telah memisahkan kawasan sekolah ini dalam dua bahagian yang berasingan. Pihak berkenaan tidak membina  sebarang jambatan yang sesuai untuk menghubungkan kedua-dua bangunan ini. Maka keadaan ini merupakan ancaman kepada keselamatan murid-murid sekolah.

29 Julai 1985  YB Datuk M.Mahalingam mengemukakan satu surat kepada Tuan Pegawai Kerja Kanan Tanah, PKNS berkaitan tapak baru serta bangunan baru sekolah. Dalam suratnya beliau menyatakan bahawa pihak PKNS telah bersetuju memberi sekeping tanah seluas 5 ekar di Kampung Lindungan, Sungai Way bagi bangunan baru sekolah.
16 Dis1986      Pengurus Besar PKNS telah memaklum kepada Guru Besar tentang pemindahan sekolah. Beliau meminta guru besar supaya memindahkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut ke satu sekolah yang lain kerana kawasan tersebut akan dimajukan oleh PKNS sebagai kawasan perumahan TANPA tapak alternatif
19 Apr 1989    Guru Besar SJKT Seaport, En. Subramaniam memohon bantuan untuk mendirikan sebuah bangunan sementara kepada ADUN Kelana Jaya, YB Tuan Haji Megat Najimuddin.
19 Jun 1989     PKNS mengemukakan satu surat berkaitan cadangan bangunan SJKT Seaport di Kampung Lindungan, Petaling Jaya Selatan. Kandungan suratnya adalah seperti berikut; 
i. Pemindahan sekolah dari ladang seaport ke Kampung Lindungan
ii.. Reka bentuk bangunan sekolah.
23 Jun 1989     Satu perbincangan antara Guru Besar dengan pihak PKNS diadakan pada 23.6.1989 berkaitan pemindahan sekolah ke Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Dalam perbincangan tersebut PKNS mengucapkan terima kasih kepada guru besar kerana menegaskan betapa perlunya pihak sekolah keluar dari Ladang Seaport. Ini kerana tapak sekolah tersebut akan dimajukan oleh pemaju Bantu Corporation bagi pihak PKNS.
28 Julai 1989   Pengurus Besar mengemukakan satu surat tentang status bangunan baru sekolah. Kandungan suratnya menyatakan bahawa pihak PKNS bersetuju mendirikan bangunan sekolah di Kampung Lindungan untuk menggantikan sekolah usang yang ada sekarang kerana ketidakmampuan pihak sekolah membina sekolah sendiri di atas tapak yang disediakan.
22 Nov 1989   Pihak PKNS menjemput guru besar hadir satu mesyuarat berkaitan cadangan sekolah baru di  Kampung Lindungan, Petaling Jaya Selatan.
15 Jan 1992     Pihak PKNS memutuskan satu surat berkaitan pembinaan sekolah sementara.  Surat kandungannya adalah seperti berikut;
Memandangkan tapak di Kampung Lindungan masih lagi dipenuhi oleh setinggan, pihak PKNS bercadang untuk menempatkan sekolah yang ada sekarang ke tapak lain. Sekiranya pihak sekolah bersetuju, PKNS akan memulakan pembinaan sekolah tersebut secepat mungkin.
17 Jan 1992     Guru besar SJKT Seaport mengemukakan satu surat berkaitan pembinaan sekolah sementara kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Dengan itu, sekolah didirikan di Jalan SS 7/4, Kelana Jaya.
Awal 2002      Tanah 5 ekar berhampiran Stesen KTM Seri Setia yang dikenalpasti untuk tapak sekolah telah “diambil” oleh pemaju Bandar Desa Mentari dan ditukar kepada tanah seluar 1 ekar di PJS 6.
2002- 2006      Ramai setinggan yang kebanyakkan adalah orang India dari PJ dan Kelana Jaya ditempatkan di Desa Mentari dan keperluan untuk satu sekolah Tamil dikemukakan kepada JPN dan Presiden MIC ketika itu.

4 Mei 2007      Guru Besar SJKT Seaport mengemukakan surat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling berkaitan penyelengaraan untuk sekolah bantuan modal

13 Feb 2008    Upacara Pecah Tanah berlangsung di tapak sekolah baru di Kampung Lindungan. Upacara tersebut dilakukan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu. Namun begitu, ada di kalangan ibu bapa tidak bersetuju dengan pindahan sekolah lalu membuat bantahan. Akhirnya upacara pecah tanah tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan tergendala.
17 Jan 2011     Guru Besar SJKT Seaport, En.Ganesan mengemukakan surat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling berkaitan membaiki bumbung bangunan sekolah. Mesyuarat mengenai pendirian bangunan bagi tapak SJKT di PJS 6/4, Kampung Lindungan, Sunway, Petaling Jaya. Antara perkara-perkara yang diminitkan adalah seperti berikut;
• Wakil JKR memaklumkan bahawa di bawah Program Rangsangan Ekonomi, terdapat rancangan untuk membina bangunan 3 tingkat yang mempunyai 18 buah bilik darjah bagi SJKT Seaport di Kampung Lindungan, tetapi wujudnya tentangan daripada pihak PIBG sekolah tamil tersebut yang menyebabkan projek pembinaan sekolah  itu tidak dapat dilaksanakan.
• Dimaklumkan bahawa tiada lagi bantahan oleh pihak PIBG terhadap pembinaan sekolah tersebut, maka JKR boleh menyalurkan wang peruntukan sebanyak RM 1.2 Juta untuk tujuan pembinaan.

29 Januari 2012
Mesyuarat Agong PIBG SJKT Seaport telah diadakan di sekolah. Dalam mesyuarat tersebut, Guru besar, YDP PIBG, Penyelia Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Selangor menyatakan pendirian terhadap pembinaan sekolah baru. Berikut adalah pendirian mereka;

En.V.Kumar (YDP PIBG)
Beliau menyarankan kepada ibu bapa agar tidak perlu membangkitkan isu pembinaaan sekolah baru. Pembinaan sekolah baru dijalankan dengan baik. Pada masa kini,ibu bapa perlu fokus kepada pelajaran anak-anak mereka.

Puan M.Panginiammal (Guru Besar)
Beliau menyatakan bahawa pembinaan sekolah baru  sedang dibangunkan di tapak baru Kampung Lindungan, Bandar Sunway, Petaling Jaya sedang dalam proses.Walaupun pembinaan dijalankan, namun pihak ibu bapa tidak perlu keliru dalam isu ini. Mereka diminta  perlu memberi fokus kepada pelajaran anak-anak mereka.

En.Daniel (Penyelia Sekolah-Sekolah Tamil)
Beliau turut menyatakan bahawa pembinaan sekolah baru dijalankan dengan baik.Pada masa yang sama, diminta para ibu bapa tidak perlu membangkitkan isu-isu lain yang berkaitan dengan pembinaan ini. Ibu bapa wajar memberi fokus terhadap prestasi pelajaran anak-anak mereka.

7 Mac 2012
Pihak sekolah mengadakan Mesyuarat Tergempar bersama ibu bapa untuk mendapatkan undian persetujuan bagi pindahan sekolah ke tapak baru di Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Berikut adalah keputusan undian;

Guru Besar sebagai Penasihat PIBG Sekolah memaklumkan bahawa pendapat semua ibu bapa akan dibuat melalui cara undian sepertimana dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG Yang Pertama.
-          Wakil ibu bapa ,En.Ramesh-AJK PIBG  mencadangkan supaya undian diadakan secara tertutup dan mendapat persetujuan.
-          Wakil ibu bapa, En Sagaran tidak bersetuju penglibatan 15 orang guru dan Guru Besar dalam pengundian kerana mereka terikat dengan akujanji bersama Kementerian Pendidikan untuk sedia berkhidmat di mana-mana TETAPI Puan Guru Besar dan guru-guru tetap mahu mengundi untuk berpindah. En.Sagaran tidak bersetuju dan menentangnya dan menyatakan undi ini tidak sah lalu keluar dari mesyuarat.
Keputusan undi ;
31 Orang – Setuju ( termasuk 15 orang guru)
12 Orang - Tidak Bersetuju
Ramai ibubapa masih TIDAK bersetuju untuk perpindahan akan tetapi Pengerusi LPS En Muthu menyokong guru-guru dan menyatakan keputusan muktamad. Mesyuarat tergendala kerana ramai tidak puas hati.

Kesimpulan :
a.       Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN Selangor dan pentadbiran sekolah GAGAL memenuhi keperluan untuk mendapatkan 100% persetujuan dari ibubapa mengenai perpindahan sekolah.
b.      Mesyuarat hanya dihadiri oleh 29 ibubapa bersama 15 guru dan seorang ahli LPS daripada 115 orang pelajar.
c.       Undian oleh guru-guru untuk menyokong pertukaran sekolah adalah aktiviti mala fide di mana mereka berniat buruk untuk menutup lokasi lama dan penglibatan mereka dalam pengundian pertukaran sekolah bertentangan dengan akujanji kakitangan kerajaan dalam persediaan berkhidmat dengan kerajaan.

Sept 2012        Satu sekolah baru dibina di PJS 6/4 dengan papan pemberitahuan JKR sebagai SJKT Kg Lindungan

Sept 2013        Sekolah SJKT Kg Lindungan siap dibina dan diserahkan kepada JPN Selangor

Dis 6, 2013      JPN Selangor mengarah Guru Besar berpindah ke sekolah baru di PJS 6 yang kini dinyatakan sebagai tapak baru SJKT Seaport.  Tiada notis perpindahan diberikan oleh gurubesar kepada pelajar dan ibubapa sehingga 23 hb Dis 2013 apabila kesemua asset ditukar ke bangunan baru. Satu banner (kain rentang) diikat oleh pihak Puan Guru Besar memaklumkan pertukaran lokasi sekolah pada 20 Dis 2013.
Jan 2, 2014     Sekolah lama tinggal bangunan kosong di mana kesemua peralatan diambil oleh pihak Puan Guru Besar ke bangunan barunya tanpa mesyuarat bersama PIBG. 24 orang masih ingin meneruskan pendidikan di bangunan lama.
Jan 13, 2014    Surat permohonan susulan dihantar kepada Menteri Besar Selangor dan salinan diberikan kepada semua ahli EXCO kerajaan negeri Selangor dan PKNS.
Jan 15, 2014    Puan Guru Besar menghantar surat untuk membatalkan kesemua kemudahan pelajar seperti Bantuan pendidikan, KWAMP, Buku Teks, Rancangan Makanan, Tuisyen dan lain-lain bantuan kepada 27 pelajar. 27 orang pelajar meneruskan pelajaran di bangunan lama dengan bantuan pengajar sambilan dan sumbangan orang ramai.
Jan 23, 2014    Menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Selangor yang ditujukan kepada Pegawai Daerah Petaling untuk mengambil langkah seterusnya dalam mewartakan tanah di SS7 kepada SJKT Seaport.


Save Our School SJKT Seaport Movement (SOSS)
SJKT Seaport, Jalan SS 7/4, 47301 Kelana Jaya

PRESS STATEMENT – DATE 25TH JAN 2014



Vanakam to all, w`e would like take this opportunity thank all those supported and given moral support to this school. We have been operating fully in the building for since 15th January 2014 and we have now 28 students which is an increase of 4 students and 6 volunteer teachers since the start of the struggle to keep the school at original site.

We have few update to be shared to all.

1. On 23th Jan 2014 the HM of new SJKT Seaport in SS 6, “chased” the parents whom called to get their children rights in getting RM 100 of Federal govt Education Aid. Every students were auto enroll to the school enrollment from the previous year unless his request transfer is approved by PPD and JPN. We see this as another abusive of power and further discriminating the students with denial of their  rights.
A police report is made in Balai Polis Kelana Jaya against the HM, PPD PJ and JPN for further denying the rights of the students and not inline with the objective of the PM is giving away the Education Aids to the nationwide students regardless of type of school.

2. On 23th Jan 2014, we read that Dato Hj Mahmud, the Director of Education JPN Selangor have issue statement in 23th Jan 2014 of TheStar online as “ Selangor Education Department director Datuk Mahmud Karim said that if parents still refused to register their children at the new school building, their children could be expelled from the school”.  This statement got attention and was kept repeated in Bernama news and Radio News which we believe another form of threat and depression tactic by the JPN and MOE to cover their error in relocating school.
We see another dual standard in this as the nation famous struggle of SJKC Damansara which prolonged from 2001 till 2008 but none of the students were expelled nor denied right to seat for UPSR exam. So why threatening the Tamil school students ? Arent these students Malaysian too? Why double standard between SJKC and SJKT students ? We urge the JPN and MOE to stop issuing threaten statement and come together to resolve the matter.

3. On 23th Jan 2014, we had received a letter from the Menteri Besar of Selangor Office. Attachment is given to all. We like to thank the MB of Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim for acknowledging the struggle and support the request to gazette the land for SJKT Seaport in SS7/4. It is another milestone victory to movement and the students specifically to hear a positive signal from the MB office. We have given the MB and all the Selangor state EXCOs the letter on 13th Jan 2014 of requesting the gazette of current site in  SS7 and attached the letter to PKNS on the same matter for their action.


The prompt reply from MB’s Chief Private Secretary, Hj Mohamad Yasid bin Bidin from MB of Selangor Office in requesting the District Officer of Petaling to take necessary action in gazzeting the land is inline with state government pledge to gazette all Tamil school land in 2008. We like to thank the Menteri Besar of Selangor for looking in this matter and view this as serious matter for the betterment of students here. This is an opportunity to the state government to undo the injustice done to the SJKT Seaport for the last 30 years when the PKNS then “robbed” the school land by digging a big monsoon drain between the school blocks  and forcefully ask the school to relocate from their original site that they have been operating since 1920.  The saga starts then to find the relocate land and till today after almost 30 years it is yet to be resolve.

4. We are gaining huge support from the local, Malaysian in general and international human rights movements. The Dong Zong, umbrella body of Chinese School Endowment Board has pledge to provide new chairs and tables to all students. KLSCAH had agreed to campaign for the struggle. Inline with that , we have planned to send a memorandum to SUHAKAM as the 28 students here were denied to gain access for proper education as per the requirement of National Education Policy. We have also gain support internationally and will hand over another memorandum to UNESCO via our reps in Europe next month. We have no choice to echo the struggle of the parents and children here as there is no formal discussion called by the MOE and its Minister in resolving this. YB Kamalanthan and YB Idris Jusoh are keep giving press statements but fail to see the parents to resolve the matter. YB Kamalanathan came to new school site but  seems “lost way” to the old site but he claim it was so close.  They keep diverting the issue as transport matter whereas the real demand was to sustain the existing of school in original site near the vicinity of Seaport community.

5. We will continue to operate the school and we urge the public to get the real information and issues from the SOSS or the parents and not from one sided main stream. This school has gone through massive injustice in last 30 years. We have shocking evidences how the land grab scandal took place right under the nose of state government and its agency PKNS way back in 1980s. We will produce that soon to public by next week Thursday.


Nandri to all.


Kannan Ramasamy     Sagaran
Secretary Chairman

Wednesday, January 29, 2014

Save Our SJKT Seaport Team (SOSS) formed

A team of parents, ex Seaport estate worker and reps from Malaysian Tamil School Endowment Council have jointly form a team in PJ named as SOSS.