Berikut adalah kronologi pemprosesan pembinaan sekolah
baru SJKT Seaport, Kampung Lindungan, Petaling Jaya
Sejarah
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seaport
Ladang Seaport merupakan sebuah ladang yang besar merangkumi
kawasan dari Kelana Jaya hingga Damasara. Ianya mempunyai 2 division (bahagian
) iaitu A and B dengan pekerja estet lebih dari 300 keluarga di
hujung tahun 1880an.
Terdapat juga 3 buah estet ladang getah ( Ladang Subang, Glenmarie dan Bilmoore) yang
merangkumi Kelana Jaya, Subang, Damansara,
sebahagian Shah Alam dan Petaling Jaya. Setiap estet ini mempunyai sekolah
Tamil tersendiri untuk menampung keperluan pedidikan anak-anak pekerja estet.
Kini hanya tinggal SJKT Seaport dan SJKT Glenmarie
Awal
1920an Pihak pengurusan Ladang Seaport
bercadang menubuhkan sebuah Sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja ladang.
1925
Pengurus Ladang En.Enrus menubuhkan
sebuah sekolah yang merangkumi 3 bilik darjah berhampiran dengan tapak sekolah
kini di SS7. Guru besar yang pertama
ialah En.Ester Raj. Beliau mengambil berat tentang pembelajaran anak murid
sekolah ini. Pada masa itu, Malaya terletak dibawah kuasa Inggeris. Oleh itu,
sekolah ini beroperasi atas pemerhatian orang Inggeris.
Awal 1940an En.Rajan menjadi penyelia sekolah yang
pertama.
1940-1970n Banyak
pembaharuan telah dilakukan oleh En. Rajan. Diikuti oleh En.Arunasalam, En.C.S.Moorthy yang telah
menjadi Penyelia Sekolah. Pada masa itu, banyak pembaharuan and peningkatan
pendidikan dilakukan oleh penyelia sekolah.
Awal 1960an Perlombongan yang berpesat dari kawasan kini
Puchong menular ke kawasan estet. Ladang getah diambil oleh kerajaan negeri dan
syarikat perlombongan manakala penduduk-estet dijadikan sebagai setinggan
apabila mereka diberhentikan tanpa sebarang pampasan asal dan hak mereka
dianiayai.
1967 Penduduk Ladang Seaport A
dipaksa pindah dan ditempatkan di rumah panjang setinggan di SS4 (kini). Manakala
penduduk Ladang Seaport B menjadi setinggan di estet sendiri apabila pengurus
estet menjual estet kepada kerajaan negeri. Mereka masih menduduki rumah-rumah
estet lama kerana tiada tempat untuk tinggal. Walau bagaimanapun sekolah dan
rumah berhala masih beroperasi dan digunakan oleh penduduk estet.
1970an Industri perlombongan pudar dan PKNS
menjadikan kawasan bekas lombong di kawasan estet sebagai kawasan perindustrian
(PKFZ Sg Way) dan banyak projek
pembangunan perumahan telah dilakukan sekitar Kelana Jaya malangnya bekas
penduduk estet masih hidup sebagai setinggan berhampiran estet dan mula menjadi
pekerja di kilang-kilang baru di Sungai Way dan Jalan Klang Lama. PKNS di bawah kerajaan Selangor yang hanya ditubuhkan
pada 1964 tetapi menjadi tuanpunya kesemua estet dan kawasan perlombongan di
Kelana Jaya.
Dis 1983 Bangunan sekolah yang beroperasi sejak
1920an kini diancam dengan istilah pembangunan. PKNS mengorek sebuah parit
besar sebesar 12 kaki dalam dan 12 kaki lebar yang memisahkan 2 blok sekolah.
Pelajar diancam risiko keselamatan di mana papan dijadikan jambatan mengharungi antara
blok sekolah. Bantahan pihak sekolah dan ibubapa TIDAK DIENDAH oleh PKNS ketika
itu dan gagal memberi laluan atau tapak alternatif.
9 Mei 1985 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKT
Ladang Seaport mengemukakan satu surat berkaitan tapak baru serta bangunan baru
sekolah kepada YB Datuk M.Mahalingam.
Antara kandungan suratnya adalah seperti berikut; Sekolah ini berusia lebih 30 tahun dan ditempatkan di Ladang Seaport,
Kampung Tengku, Sungai Way, Selangor . Pada tahun 1983, bulan Disember
diberitahu bahawa pihak Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) telah mengambil alih kawasan tanah ini untuk menggorekkan beberapa parit besar
di sekitar kawasan ini bagi Rancangan Perumahan perbadanan itu. Dengan
satu parit besar di antara dua buah bangunan sekolah ini telah memisahkan
kawasan sekolah ini dalam dua bahagian yang berasingan. Pihak berkenaan tidak
membina sebarang jambatan yang sesuai
untuk menghubungkan kedua-dua bangunan ini. Maka keadaan ini merupakan ancaman
kepada keselamatan murid-murid sekolah.
29 Julai 1985 YB Datuk M.Mahalingam mengemukakan satu surat
kepada Tuan Pegawai Kerja Kanan Tanah, PKNS berkaitan tapak baru serta bangunan
baru sekolah. Dalam suratnya beliau menyatakan bahawa pihak
PKNS telah bersetuju memberi sekeping tanah seluas 5 ekar di Kampung Lindungan,
Sungai Way bagi bangunan baru sekolah.
16 Dis1986 Pengurus Besar PKNS telah memaklum kepada
Guru Besar tentang pemindahan sekolah. Beliau meminta guru besar supaya
memindahkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut ke satu sekolah yang lain
kerana kawasan tersebut akan dimajukan oleh PKNS sebagai kawasan perumahan
TANPA tapak alternatif
19 Apr 1989 Guru Besar SJKT Seaport, En. Subramaniam
memohon bantuan untuk mendirikan sebuah bangunan sementara kepada ADUN Kelana
Jaya, YB Tuan Haji Megat Najimuddin.
19 Jun 1989 PKNS mengemukakan satu surat berkaitan
cadangan bangunan SJKT Seaport di Kampung Lindungan, Petaling Jaya Selatan.
Kandungan suratnya adalah seperti berikut;
i. Pemindahan sekolah dari ladang
seaport ke Kampung Lindungan
ii.. Reka bentuk
bangunan sekolah.
23 Jun 1989 Satu perbincangan antara Guru Besar dengan
pihak PKNS diadakan pada 23.6.1989 berkaitan pemindahan sekolah ke Kampung
Lindungan, Petaling Jaya. Dalam perbincangan tersebut PKNS mengucapkan terima
kasih kepada guru besar kerana menegaskan betapa perlunya pihak sekolah keluar
dari Ladang Seaport. Ini kerana tapak sekolah tersebut akan dimajukan oleh
pemaju Bantu Corporation bagi pihak PKNS.
28 Julai 1989 Pengurus Besar mengemukakan satu surat
tentang status bangunan baru sekolah. Kandungan suratnya menyatakan bahawa pihak PKNS bersetuju mendirikan bangunan sekolah di
Kampung Lindungan untuk menggantikan sekolah usang yang ada sekarang kerana
ketidakmampuan pihak sekolah membina sekolah sendiri di atas tapak yang
disediakan.
22 Nov 1989 Pihak PKNS menjemput guru besar hadir satu
mesyuarat berkaitan cadangan sekolah baru di
Kampung Lindungan, Petaling Jaya Selatan.
15 Jan 1992 Pihak PKNS memutuskan satu surat berkaitan
pembinaan sekolah sementara. Surat
kandungannya adalah seperti berikut;
Memandangkan tapak di Kampung Lindungan masih
lagi dipenuhi oleh setinggan, pihak PKNS bercadang untuk menempatkan sekolah
yang ada sekarang ke tapak lain. Sekiranya pihak sekolah bersetuju, PKNS akan
memulakan pembinaan sekolah tersebut secepat mungkin.
17 Jan 1992 Guru besar SJKT Seaport mengemukakan satu
surat berkaitan pembinaan sekolah sementara kepada Ketua Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor. Dengan itu, sekolah
didirikan di Jalan SS 7/4, Kelana Jaya.
Awal 2002 Tanah 5
ekar berhampiran Stesen KTM Seri Setia yang dikenalpasti untuk tapak sekolah
telah “diambil” oleh pemaju Bandar Desa Mentari dan ditukar kepada tanah seluar
1 ekar di PJS 6.
2002- 2006 Ramai
setinggan yang kebanyakkan adalah orang India dari PJ dan Kelana Jaya ditempatkan
di Desa Mentari dan keperluan untuk satu sekolah Tamil dikemukakan kepada JPN
dan Presiden MIC ketika itu.
4 Mei 2007 Guru Besar SJKT Seaport mengemukakan surat
kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling berkaitan penyelengaraan untuk sekolah
bantuan modal
13 Feb 2008 Upacara Pecah Tanah berlangsung di tapak
sekolah baru di Kampung Lindungan. Upacara tersebut dilakukan oleh Menteri
Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu. Namun begitu, ada di kalangan ibu bapa
tidak bersetuju dengan pindahan sekolah lalu membuat bantahan. Akhirnya upacara
pecah tanah tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan tergendala.
17 Jan 2011 Guru Besar SJKT Seaport, En.Ganesan
mengemukakan surat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling berkaitan membaiki
bumbung bangunan sekolah. Mesyuarat mengenai pendirian bangunan bagi tapak SJKT
di PJS 6/4, Kampung Lindungan, Sunway, Petaling Jaya. Antara perkara-perkara
yang diminitkan adalah seperti berikut;
• Wakil JKR memaklumkan bahawa di
bawah Program Rangsangan Ekonomi, terdapat rancangan untuk membina bangunan 3
tingkat yang mempunyai 18 buah bilik darjah bagi SJKT Seaport di Kampung
Lindungan, tetapi wujudnya tentangan daripada pihak PIBG sekolah tamil tersebut
yang menyebabkan projek pembinaan sekolah
itu tidak dapat dilaksanakan.
• Dimaklumkan bahawa tiada lagi
bantahan oleh pihak PIBG terhadap pembinaan sekolah tersebut, maka JKR boleh
menyalurkan wang peruntukan sebanyak RM 1.2 Juta untuk tujuan pembinaan.
29 Januari 2012
Mesyuarat Agong PIBG SJKT Seaport
telah diadakan di sekolah. Dalam mesyuarat tersebut, Guru besar, YDP PIBG,
Penyelia Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Selangor menyatakan pendirian terhadap
pembinaan sekolah baru. Berikut adalah pendirian mereka;
En.V.Kumar (YDP
PIBG)
Beliau menyarankan kepada ibu bapa
agar tidak perlu membangkitkan isu pembinaaan sekolah baru. Pembinaan sekolah
baru dijalankan dengan baik. Pada masa kini,ibu bapa perlu fokus kepada
pelajaran anak-anak mereka.
Puan
M.Panginiammal (Guru Besar)
Beliau menyatakan bahawa pembinaan
sekolah baru sedang dibangunkan di tapak
baru Kampung Lindungan, Bandar Sunway, Petaling Jaya sedang dalam proses.Walaupun
pembinaan dijalankan, namun pihak ibu bapa tidak perlu keliru dalam isu ini.
Mereka diminta perlu memberi fokus
kepada pelajaran anak-anak mereka.
En.Daniel
(Penyelia Sekolah-Sekolah Tamil)
Beliau turut menyatakan bahawa
pembinaan sekolah baru dijalankan dengan baik.Pada masa yang sama, diminta para
ibu bapa tidak perlu membangkitkan isu-isu lain yang berkaitan dengan pembinaan
ini. Ibu bapa wajar memberi fokus terhadap prestasi pelajaran anak-anak mereka.
7 Mac 2012
Pihak sekolah mengadakan Mesyuarat Tergempar bersama ibu
bapa untuk mendapatkan undian persetujuan bagi pindahan sekolah ke tapak baru
di Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Berikut adalah keputusan undian;
Guru Besar sebagai Penasihat PIBG Sekolah memaklumkan bahawa
pendapat semua ibu bapa akan dibuat melalui cara undian sepertimana
dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG Yang Pertama.
-
Wakil ibu bapa ,En.Ramesh-AJK PIBG mencadangkan supaya undian diadakan secara
tertutup dan mendapat persetujuan.
-
Wakil ibu bapa, En Sagaran tidak bersetuju
penglibatan 15 orang guru dan Guru Besar dalam pengundian kerana mereka terikat
dengan akujanji bersama Kementerian Pendidikan untuk sedia berkhidmat di
mana-mana TETAPI Puan Guru Besar dan guru-guru tetap mahu mengundi untuk
berpindah. En.Sagaran tidak bersetuju dan menentangnya dan menyatakan undi ini
tidak sah lalu keluar dari mesyuarat.
Keputusan undi ;
31 Orang – Setuju
( termasuk 15 orang guru)
12 Orang - Tidak
Bersetuju
Ramai ibubapa masih TIDAK bersetuju untuk perpindahan akan
tetapi Pengerusi LPS En Muthu menyokong guru-guru dan menyatakan keputusan
muktamad. Mesyuarat tergendala kerana ramai tidak puas hati.
Kesimpulan :
a. Kementerian
Pendidikan Malaysia, JPN Selangor dan pentadbiran sekolah GAGAL memenuhi
keperluan untuk mendapatkan 100% persetujuan dari ibubapa mengenai perpindahan
sekolah.
b. Mesyuarat
hanya dihadiri oleh 29 ibubapa bersama 15 guru dan seorang ahli LPS daripada
115 orang pelajar.
c. Undian
oleh guru-guru untuk menyokong pertukaran sekolah adalah aktiviti mala fide di mana
mereka berniat buruk untuk menutup lokasi lama dan penglibatan mereka dalam
pengundian pertukaran sekolah bertentangan dengan akujanji kakitangan kerajaan
dalam persediaan berkhidmat dengan kerajaan.
Sept 2012 Satu
sekolah baru dibina di PJS 6/4 dengan papan pemberitahuan JKR sebagai SJKT Kg
Lindungan
Sept 2013 Sekolah
SJKT Kg Lindungan siap dibina dan diserahkan kepada JPN Selangor
Dis 6, 2013 JPN
Selangor mengarah Guru Besar berpindah ke sekolah baru di PJS 6 yang kini
dinyatakan sebagai tapak baru SJKT Seaport. Tiada notis perpindahan diberikan oleh
gurubesar kepada pelajar dan ibubapa sehingga 23 hb Dis 2013 apabila kesemua
asset ditukar ke bangunan baru. Satu banner (kain rentang) diikat oleh
pihak Puan Guru Besar memaklumkan pertukaran lokasi sekolah pada 20 Dis 2013.
Jan 2, 2014 Sekolah
lama tinggal bangunan kosong di mana kesemua peralatan diambil oleh pihak Puan
Guru Besar ke bangunan barunya tanpa mesyuarat bersama PIBG. 24 orang masih
ingin meneruskan pendidikan di bangunan lama.
Jan 13, 2014 Surat permohonan susulan dihantar kepada
Menteri Besar Selangor dan salinan diberikan kepada semua ahli EXCO kerajaan
negeri Selangor dan PKNS.
Jan 15, 2014 Puan Guru Besar menghantar surat untuk
membatalkan kesemua kemudahan pelajar seperti Bantuan pendidikan, KWAMP, Buku
Teks, Rancangan Makanan, Tuisyen dan lain-lain bantuan kepada 27 pelajar. 27
orang pelajar meneruskan pelajaran di bangunan lama dengan bantuan pengajar
sambilan dan sumbangan orang ramai.
Jan 23, 2014 Menerima surat dari Pejabat Menteri Besar
Selangor yang ditujukan kepada Pegawai Daerah Petaling untuk mengambil langkah
seterusnya dalam mewartakan tanah di SS7 kepada SJKT Seaport.



No comments:
Post a Comment